31 August 2010

di taman permainan...

lokasi : tmn permainan - putramas
suspek2 : kak sasan & pishimen
org dewasa yg menemani saspek : inche' riki
komen : kualiti gambar sgt bagus walaupun hanya menggunakan camera phone. inche' riki sangat berbakat (puji laki sendiri)



















my fav pic!

20 August 2010

rentetan kisah pasar ramadhan

This is going to be a very long entry..tp korang kene jugak bace sampai habes..

Pade pukul 8.55am, seorang rakan sekerja menghantar email (name dirahsiekan) & butirannye seperti berikut :

Sent : Fri 8/20/2010 8.55am
Subject : Buka Puasa RM2
Message : Jom try...rm2.00 je...pe lagi...lepas makan kene basuh pinggan sendiri ye....jom3x...

JOM KITA TRY........


Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
August 13, 2010


Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.

SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.
Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.
Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.
Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.
Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.
"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.
Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.
Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.
"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.
"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.
"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.
Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.
Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.
"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.
"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.
Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.
"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.
"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.
Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.
"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.
"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yang sama," katanya.

Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.
"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.
"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.
Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.
Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.
Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.
"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.
"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.

Tepat 8.59am (maknenye aku amik mase 4menet utk bace email kawan aku td) dengan rase menggeletis aku pon terus memforwardkan email ni kepada seluruh adik beradik, abg ipar, suami dan sang bapak sekali. Isi kandungan adelah seperti berikut :

Sent : Fri 8/20/2010 8.59am
To : ramai….aku malas nk taip.kat atas tu dah cite dah
Subject : FW : Buka puasa RM2
Message : Dah dekat dah dgn rumah papa ni..Cuma kena basuh pinggan je


Beberape menet kendian, x sangke email aku ni mendapat sambutan hangat…tp aku sangat menunggu feedback dari sang bapak..haha.. korang bace jela communication kitorang melalui emel ni :

Sang Kakak : Meh la pegi…kak pizza blanje…kui..kui..kui..

Sang Adik : Boleh jer....minggu depan challooo....

Selipa Oren : Tp…macam xpenah nampak pon kedai ni. Kate kat seksyen 7…Eh..nape x cc email ni kat mama, nanti mama x tau..hohoho

Abang Ipar : Memang la tak nampak… sebab student ramai sgt melindungi signboard

Sang Adik : Student2 semua tak tahu yang orang tak student pun sengkek gak tengah2 bulan...

Sang Kakak : Betol…betol.. :)

Abang Ipar : Saudari2ku sekalian… hang igt hangpa semua sempat ker sampai kat kedai tuh sebelum ketibaan student2 tuh sekalian di bulan Ramadhan ini wahai adinda2ku sekalian….

Sang Adik : kita hantar wakil la untuk booking dulu...kan kita ada wan bersama dua cucunya...confirm diorang bleh sampai lagi awal dari student2 semua.sekian....

Selipa Oren : Kalau dah sampai student melindungi signboard mmg laris tempat nih
Kalau sasan dgn farish nak makan pon kene bayar 2 hengget jugak ke? Dorang kene basuh pinggan jugak ke?

Abang Ipar : Diskaun 30% kut ikut rate hotel… hehehhehe

Sang Kakak : Diorang seringgit kot…budak2 bwh umur lagi..Basuh pinggan?? Misti diorang nak kan…lagi suka nak main air..hehe

Inche’ Riki : Takpe...farish dgn sasan boleh kongsi satu tray je...ibu sanggup basuh...hahahaha


Tibe2….email yg paling aku tggu2…jengjengjeng….


Sang Bapak : Anak2 semua,Jangan pi makan yang RM2.00 ni sebab semua makanan kitar semula daripada pasar Ramadan. Lagi baik pergi ke PUTRAMAS semua makanan ‘fresh’ dan percuma. Boleh bawa anak dan jagaan juga percuma.

Datanglah selalu kalau nak simpan duit raya.

(tolong jangan x gelak lepas bace email dari sang bapak ni..cube kaitkan dgn situasi kat pasar ramadhan dlm posting yg sebelum ni)

Namun..communication ni x terhenti sampai sini je…bace lagi..

Selipa Oren : Nampaknya bos dah bersuara.Ini lah yang kita mahu….makan percuma!!!

Sang Adik : Bukan saja dapat makan percuma...Kuantiti makanan yang disediakan sehari boleh dibawak makan selama seminggu....

Inche’ Riki : PUTRAMAS ni katne plak?

Selipa Oren : Putramas tu umah papa laa…Taman tu name putramas

Inche’ Riki : Haduh...iyelah, lupe...kakakakakaka...ayat papa mmg besh

Selipa oren : Nak kene post dlm blog jugak nih

Inche’ riki : Harus!!!

-end-


Kesimpulannya : ikut la ape yg suami kite suruh buat – termasukla post entry dlm blog.

Sekian.

18 August 2010

episod pasar ramadhan - 4 ramadhan 1431

Jumaat lepas aku berbuka kat rumah my parents kat seksyen 7, shah alam
since bulan pose ni ofis abes kul 4.30 so mak aku dah target aku sebagai kuda2 yang harus pegi ke pasar ramadhan dgn die
maka dgn penuh patuh kul 4.30 aku pon ttp pc, jalan pegi paking lot, menempuh 3 traffic light & sampai ke destinasi dlm mase 10 menet.
sampai2 je aku terus terjah bilik mak aku, die tgh smyg asar.
aku pon terus amik wudhu', semayang kat bilik sebelah

10 menet kendian

aku dah sudah semayang, dgr bunyi bising2
rupenye mak aku dok komplen nape aku xbalik2 lagi..kate nk balik cepat
tibe2 die senyap bile nmpk aku turun tangge, aku ckp aku smyg
pastuh mak aku pon kasi arahan
"pegi la pasar dgn papa...mama malas"...
(erk...bukan ke die yg nk pegi dgn aku tadi???)

alkisahnye aku pon pegi la pasar dgn sang bapak
disebabkan kepenatan berpuase sang bapak nk pegi yg dekat2 je
die nampak ade byk gerai kat pasar seksyen 6
"aa....kite pegi pasar ni jela"..kata sang bapak
aku pon ok jek

5 menet kendian

kami dah berada dlm zon pasar
kami melalui gerai satay (gerai yg paling dekat dgn paking kete)
sang bapak : nak satay?
aku : nak!!!!
sang bapak : ok
aku : tapi jgn byk2 la papa..nnt x abes
sang bapak : aaa...kasi saye satay ayam 20, satay daging 20, satay kambing 20
aku : (sume skali 60 batang...adekah sikit??)

5 menet kendian

kami melalui gerai kuih pula
sang bapak : oo..ade kuih koci..kene beli nih
aku : (adess...banyak nye)
sang bapak menghulurkan tgn kepada penjual tanpe berkate ape2. penjual konpius sambil tersengih2..'nak karipap ke?'...sang bapak diam...penjual hampir menangis sambil bertanye lagi 'nak kuih ni ke?'
sang bapak : nak plastik laa!!!!
aku : (abes la...die dah buat gengster die kat sini)
sang bapak : ko nk kuih ape?
aku : nak kuih seri muke ni...tp xmo banyak..nak 2 je
sang bapak : ko xreti bace signboard ke?? kan die tulih sini 5 keping 2 hengget, kene la bli 5!!!
aku : (adesss)

1 menet kendian

kami berada di pertengahan jalan..antara gerai nasik tomato dan nasik beriani
sang bapak : nak nasik ape?
aku : nasik tomato la..smlm da mkn nasik beriani
sang bapak : ok..(sambil menuju ke gerai nasik tomato..tibe2 pusing balik & lantas berdiri kat sebelah periuk nasik beriani...ambik bau sikit)
aku : ni nasik beriani papa..
sang bapak : tula...bau die menarik.
aku : okla..xkesah la nasik ape pon
sang bapak : aa..kasi saye nasik beriani 4. korang makan la..paap dah makan nasik beriani smlm
aku : (apekah???...smlm aku pon makan nasik beriani dgn die..kalo tau die xmo makan aku amik nasik tomato)

2 menet kendian

gerai laksa
sang bapak : (berdiri sebelah periuk kuih laksa...amik bau)..aaa...sedap je bau ni. kasi saye laksa 2.
aku : (apehal penjual ni gelak2, bapak aku nk bli laksa ko pun mujur..)

xsampai semenet..kami berada di antara gerai yong tau fu dan rojak singapura
sang bapak : nak yg mane?
aku : x payah la papa..dah banyak dah ni.kang x abes
sang bapak : (pura2 buat xdgr ape aku ckp)..cepatla..nk yg mane ni?
aku : rojak singapura la..nmpk mcm menarik (cepatnye aku mengubah fikiran)
sang bapak : okay
sementare menunggu penjual memotong isi2 rojak tuh ade sorang minah ni nk amik pengepit..betul2 dpn sang bapak. die dgn tersengih2 dok hulur tgn...sang bapak buat keras je xmo gerak. aku pon cuit sang bapak..ade la die begerak seinci je..hoho...tp berjaye jugak la minah tuh amik pengepit. menurut sang bapak "sape suruh x cakap..dok tesengih2 je"

5 menet kendian

kami sampai di gerai air soya panas
aku : nak air soya
sang bapak : aa..ambikla


x lame lepas tu sang bapak pon berenti berjalan dan memandang ke arah gerai2
sang bapak : nak ape lagi?
aku : x nk dah..dah byk dah ni (ayat stendet aku..sebenanye aku dok usya murtabak)
sang bapak : okla...kite balik


sebenanye aku sgt enjoy pegi pasar ramadhan dgn ayah aku even kitorang ni dah besar & jadi mak org dah pon coz ayah aku still treat kitorang mcm budak kecik lg. nmpk je kitorang usya pape misti die nk belikan. ayah aku mmg pemurah dgn makanan...tp kdg2 tu sampai membazir la pulak.cane pon...looking forward for next visit to pasar ramadhan with him again..love you papa!! (i know he's not reading this blog)

12 August 2010

selamat berpuase




sempena ramadhan ni kemungkinan blog ni pon akan 'berpuase' jugak disebabkan kesibukan penulis dgn kerja2 pejabat, urusan2 duniawi & urusah ukhrawi.

penulis juga sedang berlatih untuk menahan perasaan ingin mengumpat, mengutuk, menonton melodi, mengunjungi blog2 hiburan & gosip & pembaziran wang di tahap maksimum.

semoga tahun ni lebih baik drp tahun2 sebelumnye, & to all breastfeeding mothers..tahniah!

wassalam

05 August 2010

hobi baru saya



effective date : 9th May 2010

materials : a handbook - seam to me + a singer sewing machine

recent projects : lots of curtain alteration to desired length, pishimen's cushion cover, my mum's tablecloth

upcoming projects : top secret - still trying to find the right timing

skill level : intermediate


since that i'll be hooked up with my new hobby so i will have to find more time to blog as well. harusla mempamerkan hasil2 kegigihan & kerajinan. not forget to mention that the sewing machine is my 28th b'day present from inche' riki...yeayy...& looks like i have to sew something for him la..



04 August 2010

ada apa dengan....?

1. [bahasa]

"...setiap org Islam diwajibkan belajar bahasa Arab dan semudah2 bahasa Arab adalah Al-Fatihah..."

maka jgnlah malu atau segan kalau dlm SPM Bahasa Arab kite dpt A1 tp Bahasa Inggeris kite F9. ini adalah petanda yg kite lebih mengejar akhirat drp dunia, dan banggalah sebab kite dah reti nk bertutur bahasa syurga yg kekal abadi sampai bile2. Plus, bile bace Al-Quran, korang da tau ape makne ayat2 yg korang bace tanpe memerlukan bantuan Tafsir atau Quran Digital pastuh korang buat tafsiran sendiri. dlm kes2 mentafsir ni elok kalau kite rujuk kat org2 yg berpengetahuan.

2. [claim]

"...setiap wang tuntutan kerja lebih masa atau tuntutan perjalanan yang berlebihan walaupun satu sen, dan diberi makan kepada anak dan isteri maka ada terdapat kedegilan dlm diri anak dan isteri kamu.."

maka jgnlah sekali2 nk tipu mase isi claim form tuh & nk tambah2 mileage utk mengelakkan makan duit haram. dan janganlah pulak nk kurangkan claim org lain kalo korang sendiri pon xtau brape mileage org tu (ahh..org2 opis aku misti tau punye). kalau agak2 x sure bape kilometer baik toksah claim langsung(macam aku). kalau rase2 nk claim jugak, tolak la duit tol ke parking ke (macam aku). walaupun nmpk macam berlagak byk duit, kaye, belagak tp biarlah org nk kate ape pon..janji Tuhan tau niat korang. korang lg risau termakan duit haram & anak2 jadi degil bile makan duit 60sen extra (1km = 60 sen) mase korang claim tu.

3. [kata-kata]

"...Islam menentang konsep ““freedom of speech”…, Nabi suruh kita jaga lidah, dan cakap benda penting sahaja, dan jangan lukakan hati orang lain..."

maka agak penting utk menjaga mulut & xsound org depan2 die & dpn org lain jugak..perkara yg boleh mengaibkan die. terutama tentang fizikal..(byk isu2 yg sensitif). kalau rase xpenting, toksah cakap. kalo rase xde kelayakan, toksah nk nasihat sebab kalau dah menyusahkan org lain, nnt org lain tu bedose pulak sbb ngumpat korang. begitulah seterus nye. xkesahlah utk politik ke keamanan ke kemakmuran ke...kerana mulut badan binasa..yg binasa tu adelah badan manusia & kadang2 binatang & kadang2 tu badan beruniform.


*quotes from Tanyalah Ustaz & keretamayat.blogspot.
Daisypath Anniversary tickers