03 February 2010

Usaha mengaburi mata pihak lawan

Sempena meraikan hajat aku utk study di Jepun yg xkesampaian 10 taun yg lalu, maka pihak Kerajaan (pihak yg menghalang hasrat aku) telah bermurah hati menaja makan2 makanan kebangsaan Jepun di sebuh restoran Jepun bernama ‘tutt’ yg terletak di pasaraya membeli belah ‘tutt’ di ibu kota ‘tutt’. Selain daripada itu, acara makan2 ni adelah utk mengaburi mata pihak lawan yg berhajat besar utk mendapatkan baju spongebob & baju flower girl sepanjang minggu itu.

Pada mulenye, inche’ riki enggan menyertai acara ini kerana terdapat symbol ikan yg amat digeruni pada nama restoran tersebut (dah dpt teka dah name kedai???), namun setelah diugut oleh aku maka inche’ riki bersetuju utk menjejakkan kaki ke dalam restoran tersebut tanpe memandang sekeliling. Aku terus menyambar menu & mencari hidangan yg sesuai utk inche’ riki & tidak mempunyai pertalian dgn ikan. Begitu juga dgn ibu aku yg pada awalnya agak gentar utk mencuba cebisan2 sushi kerana risau ‘xkenyang makan nih’..maka kakak aku dgn penuh kepakaran menyelak2 menu & meng’order’ segala bagai binatang yg ade dlm menu tuh macam die pulak yg keje kat situ (sbb waitress kat situ xigt name makanan). Pihak Kerajaan pulak nampaknye dah jatuh cinte dgn baby octopus & boleh dikatakan hari tu je sekawan baby octopus dah berenang2 dlm ruang perut die. Inche’ riki pulak nampaknye dah berjinak2 dgn beberape spisis sushi (tu la, xpenah try lagi dah ckp xsuke). Pishimen pon aku suap je sushi2 tuh dlm mulut die..bia die da besa nnt senang nk idup kat mane2, xmemilih makan.

Selesai makan, pihak Kerajaan berlalu ke kaunter utk urusan kewangan..nilai sebenar bil dirahsiakan. Pihak lawan lantas berlari mengejar pihak Kerajaan lalu memaut lengannya dan seraya berkata..’ ok, sekarang dah boleh cari baju spongebob & flower girl kan??’





+bukti2 kejadian+

Moral of the story : Jgn cube tipu budak kecik dgn makanan Jepun!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers