20 August 2010

rentetan kisah pasar ramadhan

This is going to be a very long entry..tp korang kene jugak bace sampai habes..

Pade pukul 8.55am, seorang rakan sekerja menghantar email (name dirahsiekan) & butirannye seperti berikut :

Sent : Fri 8/20/2010 8.55am
Subject : Buka Puasa RM2
Message : Jom try...rm2.00 je...pe lagi...lepas makan kene basuh pinggan sendiri ye....jom3x...

JOM KITA TRY........


Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
August 13, 2010


Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.

SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.
Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.
Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.
Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.
Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.
"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.
Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.
Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.
"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.
"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.
"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.
Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.
Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.
"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.
"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.
Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.
"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.
"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.
Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.
"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.
"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yang sama," katanya.

Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.
"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.
"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.
Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.
Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.
Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.
"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.
"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.

Tepat 8.59am (maknenye aku amik mase 4menet utk bace email kawan aku td) dengan rase menggeletis aku pon terus memforwardkan email ni kepada seluruh adik beradik, abg ipar, suami dan sang bapak sekali. Isi kandungan adelah seperti berikut :

Sent : Fri 8/20/2010 8.59am
To : ramai….aku malas nk taip.kat atas tu dah cite dah
Subject : FW : Buka puasa RM2
Message : Dah dekat dah dgn rumah papa ni..Cuma kena basuh pinggan je


Beberape menet kendian, x sangke email aku ni mendapat sambutan hangat…tp aku sangat menunggu feedback dari sang bapak..haha.. korang bace jela communication kitorang melalui emel ni :

Sang Kakak : Meh la pegi…kak pizza blanje…kui..kui..kui..

Sang Adik : Boleh jer....minggu depan challooo....

Selipa Oren : Tp…macam xpenah nampak pon kedai ni. Kate kat seksyen 7…Eh..nape x cc email ni kat mama, nanti mama x tau..hohoho

Abang Ipar : Memang la tak nampak… sebab student ramai sgt melindungi signboard

Sang Adik : Student2 semua tak tahu yang orang tak student pun sengkek gak tengah2 bulan...

Sang Kakak : Betol…betol.. :)

Abang Ipar : Saudari2ku sekalian… hang igt hangpa semua sempat ker sampai kat kedai tuh sebelum ketibaan student2 tuh sekalian di bulan Ramadhan ini wahai adinda2ku sekalian….

Sang Adik : kita hantar wakil la untuk booking dulu...kan kita ada wan bersama dua cucunya...confirm diorang bleh sampai lagi awal dari student2 semua.sekian....

Selipa Oren : Kalau dah sampai student melindungi signboard mmg laris tempat nih
Kalau sasan dgn farish nak makan pon kene bayar 2 hengget jugak ke? Dorang kene basuh pinggan jugak ke?

Abang Ipar : Diskaun 30% kut ikut rate hotel… hehehhehe

Sang Kakak : Diorang seringgit kot…budak2 bwh umur lagi..Basuh pinggan?? Misti diorang nak kan…lagi suka nak main air..hehe

Inche’ Riki : Takpe...farish dgn sasan boleh kongsi satu tray je...ibu sanggup basuh...hahahaha


Tibe2….email yg paling aku tggu2…jengjengjeng….


Sang Bapak : Anak2 semua,Jangan pi makan yang RM2.00 ni sebab semua makanan kitar semula daripada pasar Ramadan. Lagi baik pergi ke PUTRAMAS semua makanan ‘fresh’ dan percuma. Boleh bawa anak dan jagaan juga percuma.

Datanglah selalu kalau nak simpan duit raya.

(tolong jangan x gelak lepas bace email dari sang bapak ni..cube kaitkan dgn situasi kat pasar ramadhan dlm posting yg sebelum ni)

Namun..communication ni x terhenti sampai sini je…bace lagi..

Selipa Oren : Nampaknya bos dah bersuara.Ini lah yang kita mahu….makan percuma!!!

Sang Adik : Bukan saja dapat makan percuma...Kuantiti makanan yang disediakan sehari boleh dibawak makan selama seminggu....

Inche’ Riki : PUTRAMAS ni katne plak?

Selipa Oren : Putramas tu umah papa laa…Taman tu name putramas

Inche’ Riki : Haduh...iyelah, lupe...kakakakakaka...ayat papa mmg besh

Selipa oren : Nak kene post dlm blog jugak nih

Inche’ riki : Harus!!!

-end-


Kesimpulannya : ikut la ape yg suami kite suruh buat – termasukla post entry dlm blog.

Sekian.

2 comments:

kemaryahya said...

hehehehe. finie, aku sbnrnye dah agak dah bapak ko akan balas ape.. sure suh dtg mkn umah dia. hehehe.
n..aku pun rs kedai rm2 ni sure penuh tak igt la. so better not to go la..

selipa_oren said...

bapak2 ni kalo anak2 ramai dah kawen, dah sunyi...asik dok ajak makan umah die jela. mmg aku saving byk bulan pose ni bab makan2 ni..hehe. kema, bole x aku sampai skarang mmg x jumpe lg kedai 2 inggit ni..

Daisypath Anniversary tickers